Tahniah kepada pelakon
Sharnaaz Ahmad yang dikatakan sudah melangkah ke fasa lebih serius dalam
perhubungan percintaannya dengan Γ Noor Nabila, apabila keluarganya
dikatakan sudah merisik Noor Nabila dalam satu majlis ringkas yang diadakan
pada tengah hari tadi.
Berita gembira itu turut dikongsi oleh adik Noor Nabila
sendiri iaitu Ameera yang memuat naik foto sewaktu ibu Sharnaaz menyarungkan
cincin kepada Noor Nabila.
Malah, Noor Nabila menerusi akaun Instagramnya juga memuat
naik foto beliau dan Sharnaaz dengan kapsyen agar hubungan mereka kekal
sehingga jinjang pelamin.
Mereka menyulam cinta lebih daripada setahun dan meskipun
dihimpit pelbagai kontroversi, hubungan percintaan mereka tetap utuh.
Sekali lagi kami mengucapkan tahniah buat Sharnaaz Ahmad dan
Noor Nabila, semoga segala perancangan mereka untuk bernikah berjalan dengan
lancar. Memang dah sepadan tu..



No comments:
Post a Comment